Monday, March 1, 2010

Pembunuhan Karakter

Ada org suka mengomplen. Ada orang komplen dan bertanggungjawab dengan meletakkan nama mereka. Si pondan, mengomplen di sebalik nama anonymous. Tak kisahlah kalau lelaki ke perempuan ke, kalau baling batu sembunyi tangan, mengomplen tapi menyorok-nyorok, dia pondan.

Komplen biarlah pada perkara substan. Bukan pada karakter penulis. Mengomplen Shebby yang suka mengomplen game2 EPL sebab Shebby main bukannya best pun adalah tidak betul. Balaslah komplen Shebby dengan komplen berasas. Kalau orang komplen, masakan di kedai itu tidak sedap. Bukan kita balas, "balik masak lah sendiri". Kalau orang itu nak masak, dia akan masaklah. Jadi lelaki, atau perempuan, berdiri dan mengaku diri.

Selepas ini, komplen2 anonymous tidak akan dilayan. Sekian.

5 comments:

  1. tp fmk komen kat blog org lain jd anonymous boleh..unfair!

    ReplyDelete
  2. aku benci dengan pengomplen anonymous...

    ReplyDelete
  3. saya pun tidak suka orang letak nama anonymous. elok ada nama. stand by your wordslah wei.

    ReplyDelete
  4. pada hemah saya saudara tidak yakin akan penulisan saudara dan tidak mampu menghadapi kritikan mahupun komentar dari pembaca blog saudara maka saudara tidak mahu bertukar pendapat dengan sesiapapun yang tiada mempunyai nama.ideologi nya negara kita negara demokrasi sesiapa pun bebas bersuara dan melontar kan pendapat.saya juga seorang pembaca yang tidak mahu dikenali.siapa pun tanpa nama etc semuanya sama di sisi ALLAH.semoga menjalani hidup yang seronok ya

    ReplyDelete
  5. anonymous: nanti aku ulas balik. cuma kena paham la demokrasi bebas bersuara ini macam mana. mahu jadi pembaca tidak dikenali okay, tetapi kalau mahu mengomplen, kenapa harus bersembunyi dibalik tabir tanpa nama. mahu tunggu tuhan bogelkan di padang mahsyar?

    ReplyDelete