Monday, March 15, 2010

Baju Kebangsaan



Sebagai seorang yang tebal dengan sifat kebangsaan mempunyai jati diri, saya terus menerus mengekalkan sifat kemelayuan saya melalui pengumpulan baju melayu. Ye, semua 8 pasang baju di atas merupakan baju-baju melayu saya atau diistilahkan sebagai baju kebangsaan saya. Maaf, ada beberapa pasang tidak bergosok.

Saya gemarkan baju melayu cekak musang. Tidak pernah dalam seumur hidup saya mempunyai baju melayu kurung potongan kolar ala johor. Saya juga tidak gemar baju melayu saya dimodenkan dengan potongan seperti berbutang penuh habis ke pusat, atau tidak berpesak. Baju melayu juga harus plain, bukan bercorak bunga-bunga ala Jaafar on atau berkotak-kotak ala 4U2C. Bagi saya juga, baju melayu lebih segak kalau berbutang 5. Cuma semasa kemangkatan Tuanku Jaafar, saya melihat kebanyakan kerabat Negeri Sembilan berbutang tiga. Agak menarik.

Baju melayu, maaf, baju kebangsaan adalah antara produk Malaysia yang tidak boleh diasosiasikan dengan Indonesia. Ia begitu unik, seksi dan cool. Namun saya belum pernah memakai baju kebangsaan untuk ke pejabat. Kecuali sekali semasa jamuan hari raya peringkat kementerian di mana saya menggantikan pembaca doa kementerian. Itu pun saya salin kepada baju kemeja selepas jamuan tamat.

Bukan kerana saya tidak berbangga dengan baju kebangsaan. Kalau saya tidak berbangga, takkanlah saya ada baju kebangsaan sampai 8 pasang. Saya pula adalah jenis manusia yang akan memakai baju kebangsaan lengkap bersampin sehingga senja pada hari raya pertama.

Baju kebangsaan, kebanggan kita!

2 comments:

  1. baju melayu boleh buat lelaki kurang tampan menjadi semacho george clooney =)

    ReplyDelete
  2. Dari dulu aku suke tengok lelaki berpakaian lengkap baju Melayu, cekak musang. Seronok pergi solat Hari Raya..hehehehe
    Lepas kahwin, takleh cuci mata lagi, berdosa ;)

    ReplyDelete