Monday, January 4, 2010

Kapitalisme Melampaui Krisis

Harga gula naik 20 sen bukan satu masalahnya bagi kebanyakkan orang. Gula tidaklah dibeli hari-hari seperti bahan bakar petrol dan satu kilo boleh di pakai lama. Sebab itu agaknya tidak ramai yang merungut.

Suatu hari dalam bulan Ramadhan lalu saya membuat laporan kepada KPDNHEP mengenai harga gula yang dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga di pasar kecil Bangi. Laporan itu mendapat hasil positif agaknya kerana selepas beberapa minggu saya melihat peniaga itu menurunkan harga gula jualan mereka seperti yang ditetapkan kerajaan.

Disebalik kenaikkan gula yang minimal dan impak yang tidak terasa pada pengguna secara langsung, kita harus melihat ini sebagai krisis yang dicipta oleh para pemodal bagi memainkan sentimen pasaran. Monopoli pemilikan gula oleh pedagang seperti Robert Kuok dan baru-baru ini Orang kaya Syed Mokhtar menyebabkan kita hilang kawalan kepada kuasa pengguna. Harga produk tidak lagi ditetapkan oleh hukum pasaran; permintaan dan penawaran, tetapi dimainkan oleh pedagang-pedagang besar dan mungkin punya kaitan dengan pemuka politik.

Lalu saranan dangkal seperti pengawalan penggunaan gula bagi mengelak diabetes, atau congakan kononnya seperti kenaikkan gula hanya 0.05 sen pada harga secawan teh tarik adalah mainan psikologi yang tidak lagi sesuai untuk masyarakat hari ini. Rakyat harus dijelaskan faktor kenaikan, apakah kaitannya dengan pengeluaran produk terganggu kerana krisis, atau faktor lain. Ketidakmampuan menanggung subsidi bukanlah suatu tragedi sementelah masyarakat Malaysia harus bersedia menempuh dunia pasaran bebas akan datang. Namun ketelusan penyampaian maklumat itu penting di samping kejujuran mengurus ekonomi negara.

2 comments:

  1. Aku tak setuju Kerajaan guna kata2 bahawa harga gula dinaikkan sebab nak mengelak diabetes. Tolonglar..

    Penyebab diabetes bukan sahaja berpunca daripada pengambilan sukrosa (gula pasir dalam peket tu lar), tapi juga berpunca dari pengambilan karbohidrat yang berlebihan seperti nasi dan roti, makan durian yang banyak (durian tu banyak gula tau tak, sebab tu makan banyak jadi pening), minum air karbonat (yang mana orang malaysia tersangat2 suke)..

    Bagi lar alasan yang lebih kukuh.. Nak membendung diabetes hanyalah alasan sampingan..

    ReplyDelete
  2. Good observation I would say, on how capitalism affects each small unit of the society.

    ReplyDelete