Thursday, January 14, 2010

Majistret nafi rasuah RM8,000

KOTA BHARU: Majistret Mohd Firdaus Ramlan yang menghadapi dua tuduhan meminta dan menerima sogokan wang tunai bagi meringankan hukuman seorang pesalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, mengaku tidak bersalah.

Mohd Firdaus, 28, yang bertugas bagi Mahkamah Majistret Kuala Krai dan Machang, membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Sophian Zakaria, di hadapan Hakim Zainal L Saleh.
Tuduhan kedua, dia didakwa meminta suapan RM5,000 daripada Md Shani melalui Kamarul di Bilik Majistret, Mahkamah Kuala Krai, jam 9 pagi, 6 Oktober 2009 dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(A) akta sama.

Bagi setiap tuduhan, Mohd Firdaus boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Mohd Sophian menawarkan ikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagaimanapun, Mohd Firdaus dalam rayuannya berkata, sebagai penjawat awam gajinya hanya RM2,000 sebulan, tidak cukup untuk digunakan bagi perbelanjaan.

"Duit yang ada hanya boleh bayar sewa rumah, kereta dan anak berusia 80 hari. Tidak sampai setengah bulan, wang saya tentu habis, minta Yang Arif pertimbangkan jumlah itu," katanya.

[Baca lanjut di sini]

Duduk Kuala Krai pun gaji tak cukup, apatah lagi duduk kat Kuala Lumpur ni. hehehe. Tapi ini bukanlah alasan untuk mengamal rasuah ye semua.


2 comments:

  1. pengalaman saya..masa dpt gaji 2000 rasa x cukup dan pada masa itu rasa kalau dpt 2500 cukup..tapi bila Allah dh bg rezki byk tu pun saya masih rasa x cukup juga sehingga laa semlm saya membaca forwarded email 'belajar berkata cukup' dan yang paling penting belajar bersyukur. and my mistake is always saying 'it's not enough' instead of 'insyaallah it will be enough'..kan mak selalu pesan kata2 tu doa..;)

    ReplyDelete
  2. besar periuk besarlah keraknya kan. terima kasih atas nasehat indah itu

    ReplyDelete