Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor, Penyapu dan Agenda Baru

Pilihanraya Kecil P94 kali ini agak signifikan. Tidak sedikit yang percaya bahawa peristiwa tsunami politik yang melanda Selangor punya kaitan dengan peristiwa pemberian penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor. Adalah yang melambangkan penyapu sebagai simbol kesialan, tidak kurang yang mengeluarkan teori yang kakitangan kerajaan negeri tidak puas hati dimalukan sedemikian rupa lalu memprotes.

Teori. Tiada susulan kajian statistik dan perangkaan data. Teori kekal teori. Yang nyata kerajaan negeri berubah.

Tuhan Maha Mengetahui. Disebalik yang tersurat mahupun yang tersirat. Tuhan cabut nyawa MP Hulu Selangor, pada ketika usia pentadbiran negeri dipertengahan sebelum menginjak PRU 13. Ini bukan skrip yang dijangkakan. Kali ini pasti sengit. Beza majoriti yang sedikit, usia pentadbiran pertengahan.

Masa paling baik untuk mengukur.

1 comment:

  1. Bukan saja Pegawai Daerah, malah Yang Dipertua Majlis Daerah yang terpaksa menanggung malu bila gambar penerimaan penyapu itu terpapar di muka depan hampir setiap akhbar.

    Adakah mereka (baca: yang hilang kuasa) sudah belajar? Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete